Tuesday, April 7, 2009

wAJarKah hIRosHImA dAn nAgASaKi di bOM??

Bom atom yang dilepaskan oleh United States(US) di Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuclear pertama yang disaksikan oleh mata dunia. Serangan itu telah berlaku pada penghujung perang dunia kedua (WWII) demi menentang kerajaan empayar Jepun. Bom tersebut dilepaskan di atas arahan presiden US pada masa itu iaitu Presiden Harry S. Truman pada 6 dan 9 Ogos 1945. Selepas 6 bulan serangan udara dilancarkan oleh US terhadap Jepun yang mensasari 67 buah bandar di Jepun, US telah membuat keputusan untuk melancarkan serangan atom yang diberi nama “little boy” dan “fat man”.

Bom-bom tersebut telah menyababkan kemusnahan besar-besaran dan bilangan yang terkorban juga boleh dianggap dasyat kerana di Hiroshima sahaja, dijangkakan lebih 140,000 orang mangsa dan di Nagasaki pula mencecah 80,000 orang. Bilangan itu hanyalah bilangan yang dinyatakan sehingga hujung tahun 1945. Bagi bilangan tahun-tahun seterusnya, biangan itu makin bertambah akibat kesan bom atom itu dimana kebanyakan rakyat Jepun mati akibat dari kesan radiasi dan kanser. Selepas 6 hari kejadian letupan bom atom tersebut, akhirnya pihak empayar Jepun telah menyerah kalah dan ini mengakibatkan berakhirnya tragedy hitam dalam dunia iaitu tamatnya perang dunia kedua.

Namun adakah tindakan yang diambil oleh US betul? Adakah tindakan untuk menggunakan bom atom mempunyai alasan yang kukuh? Debat mengenai perkara ini banyak dipersoalkan oleh pihak-pihak yang prihatin antaranya adalah pihak media dan para-para cendiakawan. Memang tidak dinafikan tindakan melepaskan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah berjaya mengakhiri perang dunia kedua, tapi adakah tindakan itu adil terhadap Jepun? Dan adakah tindakan itu mempunya kesan sampingan lain yang boleh dipertikaikan sehingga hari ini?

Adakah secara moral, tindakan untuk melepaskan bom atom dianggap betul dan tidak salah. Bagi saya ya. Jepun merupakan satu kuasa yang hebat tidak kira sekarang mahupun pada masa perang dunia kedua. Jepun telah menjajahi hamper keseluruhan asia tenggara dan tidak terkecuali negara kita sendiri iaitu Malaysia. Tindakan menjajahi dan menggunakan ideology ‘timur untuk timur’ telah memperdayakan rakyat kita sendiri dengan membenarkan tentera Jepun untuk bertindak ganas. Jika tindakan untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki tidak diambil, perang dunia kedua mungkin akan jadi lebih panjang lagi.

Menurut Victor Davis Hanson dengan karangannya yang bertajuk “Considering Hiroshima”, beliau telah menyatakan bahawa “the truth, as we are reminded so often in this present conflict, is that usually in war there are no good alternatives, and leaders must select between a very bad and even worse choice. Hiroshima was the mostawful option imaginable, but other scenarios would have probably turned out worse”.

Apa yang dimaksudkan oleh Victor adalah jika keputusan untuk melepaskan bom di Hirosyima dan Nagasaki tidak diambil, kemungkinan keputusan lain yang lebih membawa kemusnahan boleh berlaku. Setiap peperangan terdapat risikonya tersendiri. Di dalam kes Hirosyima dan Nagasaki, keputusan yang diambil seharusnya telah diambil kira dari setiap sudut oleh pihak US. Maka, keputusan untuk melepaskan bom di Jepun mungkin sekali merupakan keputusan yang terbaik yang mampu diambil oleh US bagi menamatkan kemaraan Jepun dari terus melakukan kemusnahan.

Selain itu juga, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengeboman secara besar-besaran di Hirosyima dan Nagasaki merupakan tindak balas kepada penggunaan taktik ‘total war’ oleh pihak Jepun. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘total war’ ini? ‘Total war’ adalah taktik peperangan dimana segala sumber manusia walaupun bukan dari pihak tentera iaitu orang awam sendiri terlibat secara langsung dalam memenangi sesuatu peperangan. Sebagai contohnya di Jepun semasa peperangan dunia kedua, dimana empayar Jepun telah mengerahkan tenaga dari rakyatnya yang berstatus awam untuk melakukan kerja-kerja di kilang-kilang yang berkait dengan ketenteraan. Malah ada juga sebahagian rakyat awam telah dikerahkan untuk bekerja di markas tentera. Maka, jika orang awam telah dikerahkan bagi melakukan tugas-tugas yang membantu tenteranya, maka adalah sah bagi pihak musuh untuk turut menyenaraikan orang awam tersebut sebagai ancaman kepada mereka.

Menurut Father John A. Siemes, seorang profesor di dalam bidang falsafah moden di Tokyo’s Catholic University, “We have discussed among ourselves the ethics of the use of the bomb. Some consider it in the same category as poison gas and were against its use on civil population. Others were of the view that in total war, as carried on Japan, there was no difference between civilians and soldiers, and that the bomb itself was an effective force tending to end the bloodshed, warning Japan to surrender and thus to avoid total destruction. It seems logical to me that he who supports total war in principle cannot complaint of war against civilians”.

Apa yang dimaksudkan oleh Siemes adalah didalam peperangan ‘total war’, pihak yang menggunakan taktik ini terpaksa akur dengan kesan yang diterima iaitu kehilangan ramai rakyat. Ini adalah kerana rakyat biasa turut telah menyumbang sejenis ancaman kepada tentera lawan. Dikatakan pada masa itu, Jepun telah menurunkan had umur yang terlalu rendah bagi melayakkan orang awam untuk menyertai tentera iaitu bagi lelaki adalah diantara umur 16 sehingga 60 tahun, manakala bagi perempuan adalah dari 17 sehingga 40 tahun. Bagi yang berumur bukan seperti yang dikehendaki, mereka akan dikerah untuk bekerja di kilang-kilang pembuatan senjata dan bekalan bagi angkatan tentera Jepun yang terletak di Hiroshima pada ketika itu. Maka adalah adil jika mereka ini juga turut menerima serangan kerana mereka telah menjadi ‘military necessity’ ataupun keperluan pihak tentera dan boleh dianggap sebagai ‘center of gravity’ bagi pihak Jepun.

Antara faktor lain saya menyatakan bahawa tindakan melepaskan bom di Hirosyima dan Nagasaki mempunyai alasan yang kukuh adalah kerana itu merupakan cara untuk menyebabkan Jepun untuk menyerah kalah di dalam peperangan dunia kedua. Jepun tidak akan mengalah jika negaranya tidak menerima serangan bom atom tersebut. Menurut Robert James Maddox iaitu seorang profesor di dalam bidang sejarah, beliau menyatakan bahawa tentera Jepun tidak mahu menerima terma pendamaian yang di anggap berat sebelah terhadap US walaupun selepas bom yang pertama dilepaskan. Kita sendiri tahu bahawa rakyat Jepun mempunyai semangat nasionalisma yang begitu tinggi. Mereka berpegang teguh kepada semangat ‘kamekaze’ dan sanggup mati dari kalah di medan peperangan. Sikap mereka ini amat menggerunkan dunia pada ketika itu. Dan oleh kerana tiada sifat mengalah dari Jepun, US terpaksa melepaskan bom-bom atom itu bagi memaksa Jepun ke jalan buntu.

Banyak lagi faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perkara ini. Jika ada yang sudi, silalah berdebat bagi memahimi dengan lebih lanjut mengenai perang bersejarah ini.

sekian:

panglima perang

2 comments:

  1. hurm..boleyh tahan la..pe kata ko dtg blog aku & subscribe aku nyer blog..lg pown blog aku cam bez...hehe...-cfu

    ReplyDelete