Thursday, May 21, 2009

pEnaT giLer...

maaf kepada semua pembaca blog nih.. buat masa skang PP kehabisan assignment nk ulas dalam blog@x da idea skejab. semua gara2 military training yang jadualnya pack gler... neway, skang ngah cuti.... so... leh la lepak2 jab. rehatkan minda.. huhuhu... 2 all kadet2 UPNM, cuti dah nk abis... prepare for the worst k??? hahaha... gudluck

Thursday, May 7, 2009

aDiK bRadiK kOrEa



mesti ramai dari korang yang suka tengok cte korea kn? bukan saja awek2 korea ni comel2, tapi yang laki pon tak kurang hensem die. contoh macam iklan shampoo 2... "nama saya RAIN", kn die orang korea... hahaha... tapi korang2 nih tau x pasal perang korea? mcm yang dah di sebut dalam topik perang dingin sebelum nih, korea adalah bukti berlakunya cold war...

critanya mcm nih, pada masa 2 korea terbahagi kepada 2, utara dan selatan. skang pon still mcm 2.. ada korea utara dan korea selatan. so diorang nih konon2nya nk bergabung la.. jadi satu korea, tetapi, yang utara nih cara pemerintahan die komunis, n yang selatan nih cara pemerintahan die plak demokrasi. mcm Malaysia la yang selatan nih.

so terjadi lah perang sesama mangkuk2 hayun tu untuk rebut tanah. yang utara nih di sokong kuat oleh USSR. round yang pertama korea utara berjaya masuk ke selatan dan menjajah melebihi parelel ke 38. korang tau x perelel nih binatang pe?? parelel nih adalah garisan bumi. gi sek/kolej/kampus sok, try tgk globe. x pon bkk je google earth n tgk garisan yang ada atas globe 2... nk dijadikan cerita US pon tolong lah yang selatan nih. maka si korea selatan pulak yang masuk lebih dari parelel 38 nih.


oleh kerana china takut US datang jajah korea, n kemudian merebak ke china, china terpaksa campur tangan. campur tangan k?? bukan air batu campur. china mcm biasa lah... bantu yang serakan komunis ngan die. so akibat dari campur tangan china nih, kedua-dua negara mangkuk hayun (korea utara n selatan) kembali ke kedudukan asal. n kekal menjadi 2 negara yang berbeza.

kenapa dikelaskan negara mangkuk hayun??? sbb dah la msing2 saudara, dah 2 bazir je duit gi perang sebab last2 skali kembali ke bentuk asal gak kn? buek abih boras yoo... dah 2, lau x da orang mati x pe, nih ramai gler yang mati. askar china saja 1.5juta tentera die mati tau... bengong x bengong. perang korea nih mcm lebih kurang adik bradik rebut harta pusaka la.. tp last2 dapat sama banyk. btl x?

sekian:

panglima perang

Wednesday, May 6, 2009

cOLd wAr.. bUkaN pEraNg mUsiM sAlJi k?

pernah x korang dengar tentang perang dingin(cold war)? ni bukan perang yang time musim sejuk k? ni perang yang berbentuk dingin jer... macam kalau korang gaduh ngan balak/awek korang la.. korang dingin jer. tp xda la smpai nk tumbuk balak/awek korang tu kan? macam tu la diibaratkan perang dingin nih. sapa yang terlibat? US dengan USSR. diorang bukan lah pasangan kapel yang merajuk sebab ada yang curang, tp sebab berlakunya perang dingin ni adalah kerana dua-dua adalah negara yang besar dan kuat.


apa faktor yang buat diorang x berperang walaupun masing2 rasa mcm nk debik jer satu sama lain? haaa... ini sebab diorang ada nuklear. cuba bayangkan kalau kedua-dua negara guna nuklear? x ke hancur bumi nih? silap2 hilang la negara US ngan USSR 2. perang dingin nih jadi selepas perang dunia kedua. ni adalah sambungan sebenarnya. x tau mana yang lebih hebat, US atau USSR. so masing2 nk test power, tp diorang test trus terang. so macam ner diorang test power yerk??

diorang gunakan orang lain untuk test power diorang. sebagai contohnya, perang korea dan perang vietnam. ni pula diibaratkan macam bila ko gaduh ngan balak/awek korang, korang guna oarang tengah @ kawan2 bek korang la kan? yang balak anta member, yang awek pon anta member, diorang plak yang gaduh. hahaha... tp lebih kurang mcm 2 la... korea utara disokong oleh UUSR, korea selatan US. sama jgak macam kt vietnam, USSR sokong Vietnam utara, US sokong Vietnam selatan. so diorang berperang la dan nk tau kesudahan peperangan nih, nnt aku tulis lain.. hahaha...


tp bagi perang dingin, akhirnya diorang tamatkan jugak perang 2... ni disebabkan USSR jatuh akibat dari negara2 bawah taklukann diorang nk merdeka. so kuasa USSR ni makin kuarang la.. akibatnya hilang lah kuasa bipolar dan jadi la kuasa hegemon bagi US. apa plak bipolar ngan hegemon nih? pokemon kot??? x ar... bipolar nih adalah keadaan dimana ada 2 kuasa yang besar. so konsep bipolar nih adalah dimana kedua2 kuasa besar hanya berdiam diri dan memajukan diri masing2 bagi mengelakkan perang. hegemon nih pulak, satu2nya kuasa besar dunia. so mana yang lebih selamat? kuasa yang dikongsi?? atau sorang2 punya jer?? bagi aku kuasa bipolar lagi selamat, tp keadaan nih boleh menyebabkan keadaan jadi panas n meletup bila2 masa jer, i mean, bila2 pon diorang mungkin ilang sabar n berperang. tp kalau hegemon satu negara yang besar 2 x da sapa nk cabar, dan akhirnya jadilah mcm skang dimana US bajet dia 2 polis dunia.

so politik nih mmg pening kepala. jangan ingt politik 2 sekadar undi, pangkah muka orang, mana lagi ensem 2 yang korang undi. politik kat Malaysia nih baru tahap hujung kuku. negara2 besar lain dah tahap dewa dah politik die. dah peringkat dunia dah. kalau PM kita pening pikir masalah negara, President US plak pening pikir masalah dunia. huhuhu...

sekian:

panglima perang