Friday, April 24, 2009

PeRAnG iSrAEl hAmAS

Melihat pada konflik bersenjata di antara Israel dan Hamas pada 27 Disember 2008 sehingga 17 Januari 2009, terdapat beberapa perkara yang telah menentang undang-undang konflik bersenjata (Laws of Armed Conflict) yang termaktub didalam Geneva Convention. Di sini saya akan menerangkan jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak iaitu 3 jenis kesalahan bagi setiap pihak yang telah mencabul undang-undang antarabangsa dan mengakibatkan kemusnahan yang bergitu tragis sekali.

Israel, satu kuasa baru yang kini semakin berkembang telah dikatakan merampas tanah milik orang Palestin. Maka berlaku persengketaan antara Hamas (Palestin) dan Israel. Semasa konflik yang berlaku pada awal tahun 2009, terdapat beberapa pencabulan undang-undang konflik bersenjata. Antara yang akan dihuraikan disini adalah seperti kegagalan Israel untuk member perlindungan kepada orang awam iaitu dari segi memberi bantuan perubatan dan bekalan, penggunaan persenjataan yang amat berbahaya, dan serangan keatas pihak neutral yang membekalkan perubatan dan makanan kepada orang awam.

Bagi kesalahan yang pertama, iaitu kegagalan Israel untuk member perlindungan kepada orang awam. Ini telah berlaku semasa konflik tersebut. Israel hanya membenarkan bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan dibekalkan dalam masa 3 jam sehari. Ini adalah salah kerana di dalam Geneva Convention, Conventin IV, artikel 3 (1) telah menyatakan bahawa:

Persons taking no active part in the hostilities, including members of armed forces who have laid down their arms and those placed hors de combat by sickness, wounds, detention, or any other cause, shall in all circumstances be treated humanely, without any adverse distinction founded on race, colour, religion or faith, sex, birth or wealth, or any other similar criteria.

Ini membawa makna bahawa orang awam seharusnya diberi perlindungan sebilang masa tidak mengira apa sahaja bangsa, agama dan tidak sewajarnya dihadkan bekalan bantuan kepada 3 jam sehari. Jumlah 3 jam sehari tidak akan mencukupi untuk memberi bantuan perubatan dan mengeluarkan mangsa yang cedera semasa peperangan dari medan.

Bagi kesalahan yang kedua adalah penggunaan senjata yang berbahaya adalah dilarang. Ini pula telah dinyatakan didalam International Humanitarian Law; Convention on Prohibitions or Restrictions on the Use of Certain Conventional Weapons Which May be Deemed to be Excessively Injurious or to Have Indiscriminate Effects. Geneva, 10 October 1980. Senjata yang telah digunakan oleh Israel pada masa itu adalah fosforus putih (white phosphorus) yang mampu menyebabkan bukan sahaja pihak bersenjata mati, malah orang awam juga akan menerima kesan yang sama kerana senjata ini tidak mampu untuk disasarkan pada sesuatu sasaran yang tetap. Senjata jenis ini akan meresap ke udara dan disebarkan oleh angin dan akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menghidunya akan mati.

Bagi kesalahan ketiga pula adalah serangan yang disasarkan kepada pihak sukarelawan yang member bekalan perubatan kepada mangsa-mangsa perang. Kesalahan ini ada dinyatakan di dalam Geneva Convention, Convention II, artikel 9 yang menyatakan:

The provisions of the present Convention constitute no obstacle to the humanitarian activities which the International Committee of the Red Cross or any other impartial humanitarian organization may, subject to the consent of the Parties to the conflict concerned, undertake for the protection of wounded, sick and shipwrecked persons, medical personnel and chaplains, and for their relief.

Ini membawa maksud bahawa tiada larangan sepatutnya diberikan kepada mereka yang ingin member bantuan kemanusiaan, apatah lagi untuk diserang oleh pihak yang sedang berperang.

Hamas juga tidak lari dari melakukan kesalahan semasa konflik tersebut. Bagi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hamas pula adalah seperti menyerang secara terus kepada orang awam dan harta benda mereka, menggunakan manusia sebagai perisai dan penggunaan simbol-simbol yang diberi perlindungan oleh United Nation (UN).

Bagi kesalahan yang pertama, pihak Hamas telah menyerang secara terus rakyat Israel dengan cara melancarkan roket yang akhirnya mengakibatkan kematian beberapa rakyat Israel dan kerosakkan beberapa buah banggunan awam. Kesalahan ini jelas mencabuli Geneva Convention, Additional Protocol I, artikel 48 yang menyatakan:

In order to ensure respect for and protection of the civilian population and civilian objects, the Parties to the conflict shall at all times distinguish between the civilian population and combatants and between civilian objects and military objectives and accordingly shall direct their operations only against military objectives.

Jelas dinyatakan di dalam artikel tersebut bahawa Hamas seharusnya membezakan antara orang awam dan tentera atau kombatan dan juga banggunan milik tentera dengan banggunan awam.

Bagi kesalahan kedua pula, Hamas telah menggunakan manusia sebagai perisai. Ini secara tidak langsung berkait rapat dengan artikel diatas iaitu agar dapat membezakan antara awam atau tidak. Jika Hamas menggunakan manusia sebagai perisai, maka Hamas telah menjadikan orang awam yang tidak berdosa itu sebagai keperluan ketenteraan, maka Israel tidak mempunyai pilihan lain selain menyerang penduduk awam Palestin.

Bagi kesalahan ketiga pula, Hamas telah menggunakan lambang-lambang yang dilindungi seperti Red Cross dan St. John. Ini telah mencabuli Geneva Convention, Convention I, artikel 44 yang menyatakan:

With the exception of the cases mentioned in the following paragraphs of the present Article, the emblem of the red cross on a white ground and the words " Red Cross" or " Geneva Cross " may not be employed, either in time of peace or in time of war, except to indicate or to protect the medical units and establishments, the personnel and material protected by the present Convention and other Conventions dealing with similar matters. The same shall apply to the emblems mentioned in Article 38, second paragraph, in respect of the countries which use them. The National Red Cross Societies and other societies designated in Article 26 shall have the right to use the distinctive emblem conferring the protection of the Convention only within the framework of the present paragraph.

Artikel ini menyatakan bahawa lambang-lambang yang dilindungi ini tidak boleh diguna pakai melainkan bagi melindungi unit-unit perubatan. Di dalam kes ini, Hamas telah menggunakan lambang ini sebagai sebahagian dari alat peperangan mereka. Jelas kedua-dua pihak iaitu Israel dan Hamas telah banyak mencabuli undang-undang konflik bersenjata yang telah di maktubkan di dalam Geneva Convention.

sekian:



panglima perang



p/s: ni asignment PP

Wednesday, April 22, 2009

LaHiRnYa wIRa aTaU sYaiTan???



saya yakin ramai antara kita yang mengetahui bahawa perang dunia kedua di sebelah eropah dimulakan oleh Adolf Hitler... tapi kenal kah kita siapa sebenarnya Hitler ini?? ape motif beliau dan apa strategy yang digunakan?? adolf atau addy nama manja dikalangan rakan2 beliau(kalau bleh dikatakan rakan kerana adolf x ramai kawan) pada mulanya hanyalah sekadar org biasa yang sukakan seni. addy yang berasal dari kampung mula berhijrah ke bandar dengan harapan pintu rezeki addy ada di sana. tetapi malangnya apabila hasil seni addy tidak mahu diterima. pada pandangan addy, ini adalah kerana pemilik galeri seni tersebut adalah seorang YAHUDI yang hanya mahukan hasil seni dari golongan yahudi juga. akibat dari itu addy merempat dijalanan...

perang dunia pertama telah menyeru semua rakyat german untuk berkhidmat di dalam tentera termasuklah addy. addy telah menunjukkan semangat rakyat german yang sejati dan diiktiraf dengan pingat IRON CROSS semasa perang tersebut. pada saat german sudah hampir menawan paris, peperangan telah diisytiharkan tamat dan german mengakui kekalahan. dan memanggil kembali kesemua tenteranya. addy yang tidak berpuashati merasakan bahawa german boleh menang pada ketika itu, mula menyampaikan propaganda bahawa kekalahan german merupakan angkara yahudi.

selepas peperangan addy mula bergiat dengan menyampaikan pendapat beliau di tempat2 makan sehingga ada yang tertarik dengan ideologinya. antara ideologi addy adalah german untuk rakyat german berdarah aryan dan perlunya rakyat german menentang Treaty of Versailles yang menindas german. bermula dengan ceramah jalanan, addy mula ditaja oleh golongan yang kaya yang percayakan addy. maka addy menubuhkan partinya sendiri dan mendapat sokongan ramai.

pada peringkat awal, addy mendekati dasar keganasan dan militia. tetapi akhirnya addy ditangkap dan dibicarakan. semasa perbicaraan, addy telah berjaya menawan hati dewan, malah hakim juga turut tertarik dengan ideologi addy yang mahukan german untuk bebas dari Treaty of Versailles. namun begitu addy telah dipenjarakan selama 9bulan tetapi diberi layanan istimewa di dalam penjara sehingga mampu untuk menulis sebuah buku yang menyeru german untuk bersatu padu. selepas dipenjarakan, addy kembali aktif di dalam politik dan kali ini addy menggunakan pendekatan democracy. hasil dari mulut addy yang manis, dan karekter yang berani bersuara, akhirnya addy telah berjaya memenangi kerusi majoriti di dalam REIGNSTAG (mcm parliment la...). addy juga telah berjaya menyakinkan president german untuk memberi beliau pangkat canselor di dalam reignstag. addy kemudiannya telah mengeluarkan satu undang2 baru yang meletakkan beliau sebagai org plg berkuasa di dalam german dan addy mendapat sokongan semua. mula dari saat itu, german mula bangkit dan yahudi di german dibunuh beramai2. pihak german aryan yang menentang addy telah diletakkan di kem2 yang diasingkan dan mereka dibunuh atau dibiarkan mati sakit.



addy mempunyai beberapa sifat buruk iaitu addy telah jatuh cinta dengan isteri org dan anak saudara sendiri. addy juga pada beberapa ketika dilihat seperti seorang yang mempunyai masalah mental mungkin akibat dari penderaan terhadapnya semasa kecil. addy amat membenci yahudi dan homoseksual. akhirnya addy membunuh diri ketika german hampir kalah dalam peperangan dunia kedua.

adakah addy boleh dianggap sebagai pejuang hak german atau pun syaitan yang membunuh yahudi? sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen... kerana ini dapat membantu perbincangan di dalam topik ini...

sekian:

panglima perang


p/s: maafkan saya jika ada kesilapan fakta di ruangan ini, dan diminta kepada yang tahu untuk membetulkan saya...

Monday, April 20, 2009

dOnT gEt iNvOlVe pLeAsE!!! oR eLSe...



On 4th of June 1989, an incident happened in China in front of the Forbidden City, at the exact place which was at the Tiananmen Square. The protest was about getting democracy for China and it was against the Chinese communist government. Students and intellectuals were mostly involved in that incident. The protest started way 7 weeks before where students from 40 universities started a peace demonstration against all the corruption in the government and requested for democracies. On the 4th June, the government used military forces to make the demonstration to stop. Many were killed and the numbers are until now keep secrets. The Chinese government officially declared that only 200 to 300 died and 7000 were injured. But some says that thousands were dead in that incident.

International intervention should not be taken as the solution to this incident. For me, if other nation or state involves themselves in that problem, more conflict will come. More civilian will die and military will come to war. Never intervene in an internal problem. Other states could only comment and take other alternatives such as economic boycott. From that incident, we can see 2 sides of comment from states all around the world. As for communist-based states, they all show support to Chinese government. States involve such as Vietnam and Singapore. But states such as United States of America and United Kingdom, they both gave Chinese bad comments. Indeed Chinese government had violated human rights for attacking unarmed civilians, but still they as the government should know best to solve their problem. There is no need for international intervention for that was an internal crisis. Other states could only show support to which sides they think was right.

If there were an intervention, there could be another great war because of China is one big power. They are one of veto power in United Nation security councils and whoever when against them could cause mass destruction. More death will come, and destruction of building and economic. This is a violation to a state sovereignty. Anarchy is where no other states are more legitimate then the states itself defines sovereignty. This means that no other state could intervene in the Tiananmen Square incidents because of the Chinese have the only legitimate power to do what ever they want in their country.

As a conclusion, although it seems heartless not to take action on China government, but it was a right thing to do based to international law. If action been taken, it could cause more number of death and things could turn out worse. But there are other ways of showing protest to China government rather using brute force. Economic boycott and comments to the Chinese government should be enough to show that what they did was wrong.

by;

panglima perang

Thursday, April 16, 2009

iSrAel aDalAh hAmbA ALLAH s.w.t

israel sebuah negara yang baru muncul sejak 46 tahun yang lepas merupakan sebuah negara yang kejam dan tamak... pada dasarnya negara israel tidak wujud, cuma penempatan bagi perlarian kaum yahudi ini sahaja yang diletakkan di palestin atas belas ehsan... apakah maksud israel??? israel membawa maksud hamba Allah. ini diambil dari nama gelaran bagi seorang nabi Allah iaitu Nabi Yaakub a.s yang membawa mksud hamba Allah.. malah kewujudan bangsa yahudi ini telah disebut di dalam al-Quran dengan panggilan bani israel(anak-anak Yaakub)...

bagai belanda dapat tanah, kini boleh ditukarkan bagai yahudi dapat tanah... lihat sahaja rampasan tanah yang dibuat oleh israel. kini palestin boleh diibaratkan sebagai negara yang begitu kecil malah dipisahkan kepada dua di mana israel berada di tengah2. sebuah kaum yang begitu bijak dan pintar. lihat saja bill gates, die merupakan seorang yahudi. malah pelakon2 terkenal hollywood juga ramai dari mereka adalah yahudi. bangsa yahudi ini juga merupakan keturunan Nabi Yusuf yang rupawan, maka tidak hairanlah ramai dari mereka mampu menempah nama di dalam bidang bisness menjual muka(pelakon) dan antara mereka adalah seperti adam sandler dan nicholas cage....

bill gates

nicholas cage

adam sandler

sekian;

panglima perang

p/s: kenali musuh anda, dan anda pasti menang

rujukan:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Wednesday, April 15, 2009

tembok pemisah yang memisahkan israel dan Palestin. memisahkan rakyat Palestin dari keluarga mereka... ='(


ibaratkan diberi betis mahukan paha.... tanah yang pada asalnya sedikit, dirampas dengan bantuan UN... bolehkah kita mempercayai UN??

tAnAh mILik TuHAn…

Isu ini berkenaan konflik di Palestin-Israel… taukah anda apakah sejarah penubuhan negara Israel? Israel pada dasarnya tidak wujud di atas peta bumi… tetapi ini semua telah berubah sejak perang dunia kedua. Orang yahudi yang menjadi perlarian akibat dari perang dan holocaust tidak mempunyai tempat tinggal dan tanah sendiri untuk menetap. Pada masa itu, Palestin di bawah jajahan British. British telah membenarkan bangsa yahudi yang pada masa itu adalah pendatang untuk menetap di tanah palestin. Pada masa itu hanya 8% kawasan palestin diambil bagi menetapkan org yahudi yg tidak mempunyai tempat tinggal. Tetapi akibat dari perjanjian OSLO, 55% tanah Palestin telah diberikan kepada yahudi yang menyokong gerakan zionis. Ini mengakibatkan Palestine terbahagi kepada 2 kawasan iaitu palestin dan gaza. Yahudi kemudiannya menubuhkan negara Israel yang diluluskan oleh PBB. Dan kini Israel telah menduduki 77% tanah palestin. Malah tanah Palestine telah dipagar dengan tembok pemisah yang mempunyai ketinggian sepanjang 25m dan melitupi jarak sepanjang 600++km. tujuan Israel adalah bagi merampas kawasa Jurusalam yang menempatkan Masjid al-Aqsa bagi menggantikan masjid itu dengan temple yang diidamkan oleh Israel sebagai pusat ibadah mereka. Secara peribadinya saya katakana bahawa ini merupakan satu teknik penghapusan kaum. Setiap tahun Israel semakin meluaskan tanah meraka dengan memakan tanah Palestine secara berperingkat. Tidak mustahil satu hari nnt Palestine akan hilang dan digantikan dengan Israel yang lbh besar….

sekian;

panglima perang

Tuesday, April 14, 2009



asean merupakan antara salah satu badan yang membincangkan mengenai nontraditional security

Monday, April 13, 2009

tRadItIOnal vS nOn-tRAdITioNaL sEcuRItY

adakah anda semua tau apa itu security?? dalam bahasa melayunya, ia di sebut sbagai keselamatan. terdapat 2 jenis keselamatan; traditional dan non-traditional. apakah yang dimaksudkan dgn traditional dan non-traditional? saya akan cuba untuk meringkaskan secara paling ringkas mengenai topik ini, jadi senang kata x pyh nk berbelit pala otak pikir kn?? untuk memahami traditional security, adalah lebih senang jika kita memahami mkna traditional itu. secara am nya traditional adalah dikaitkan dengan perkara atau perbuatan yang diamalkan sejak dahulu lagi. di dalam kes ini, traditional security adalah keselamatan yang diutamakan sejak dari dahulu lagi. jika zaman dahulu keselamatan dikaitkan dengan peperangan. keselamatan negara dan kawasan jajahan adalah traditional security. tetapi non-traditional security adalah security jenis baru dan modern. manusia mula sedar akan keselamatan2 lain yang turut perlu diberi keutamaan. antara contoh non-traditional security adalah seperti keselamatan makanan, ekonomi, alam sekitar dan hak asasi manusia. mudah kn?? jadi sekarang jika ada perbincangan di kedai2 kopi atau warung2 mamak mengenai isu keselamatan, kita boleh goreng kn?? bukan susah untuk memahami isu keselamatan. keselamatan makanan sebagai contohnya, jika makanan di dunia ini kurang, ini akan menyebabkan berlakunya rusuhan, perebutan dan huru hara. ini adalah isu keselamatan yangmodern selepas perang dingin... bagi memahami lebih lanjut adalah wajar bagi yang berminat untuk membaca di perpustakaan mengenai NTS ataupun non-traditional security....

sekian;

panglima perang

Saturday, April 11, 2009




jIhAdiL tErrORiSm???!!

pernahkah anda mendengar frasa "jihadil terrorism" yang membawa mksd jihad = terrorism? adakah boleh disamakan jihad dan terrorism yang membawa mkna keganasan. menurut pandangan dari barat semngat jihad bagi penganut Islam adalah satu bentuk keganasan. adakah jihad yang membawa perjuangan suci umat Islam boleh disama ertikan dengan keganasan? di sini saya akan mengupas mengenai apakah erti jihad sebenar dan apakah erti terrorism.

jihad merupakan satu konsep perjuangan murni bagi umat Islam(termasuklah PP). konsep jihad ini adalah konsep yang membawa mksd berjuang bersungguh-sungguh. umat Islam wajib berjihad dala melakukan apa saja perkara. jihad bukan saja boleh dilakukan di medan perang semata2, tetapi di medan2 lain. antara contohnya adalah jihad menentang nafsu, iaitu puasa sebagai contohnya. jihad ekonomi, jihad politik dan jihad ilmu. apakah mksd jihad2 ini. jihad yang membawa mksud berjuang bersungguh2, jika ditambahkan di dengan perkataan ekonomi mknanya, perjuangan bersungguh2 dalam membina ekonomi yang kukuh. begitu juga dengan politik. berpolitik dengan bersungguh2 dan mencari ilmu dengan penuh semangat kesungguhan. jelas sekali konsep jihad adalah begitu murni dengan menyeru umat Islam untuk melakukan apa2 sahaja perkara dengan bersungguh2.

tetapi, konsep jihad ini disalah ertikan oleh pihak barat dan yang bersekutu dengan mereka. mengapakah konsep jihad disalah ertikan?? menurut pandangan pemikir2 barat, mereka menyatakan bahawa Islam disebarkan dengan keganasan, iaitu melalui "mata pedang". pendapat ini wujud kerana iktibar atau kajian yang di buat kepada kerajaan Islam Uthmaniah (Ottoman Empire) yang melebarkan tanah jajahan melalui peperangan yang mengamalkan konsep jihad. tetapi adakah konsep ini benar? tidak sama sekali. jika dilihat pada kerajaan Islam dahulu kala, umat islam mampu duduk semeja dengan mereka yang beragama lain secara "syura" iaitu mesyuarat bagi membincangkan hal2 negara. negara Islam juga mengamalkan demokrasi secara tidak langsung pada ketika itu...

maka? adakah sama jika dibandingkan konsep jihad dan terrorism?? tidak sama sekali... jika kita kupas makna terrorism ini, maka kita boleh mengatakan bahawa Israel merupakan pihak terroris yang lebih ganas. terrorist dikaitkan dengan pembunuhan orang awam yang tidak berdosa. tetapi adakah tentera2 Israel yang trus menghentam Genting Gaza itu tidak dianggap terrorist? adalah tanggungjawab kita, selaku umat Islam bagi membetulkan persepsi barat mengenai jihad ini....

sekian;

panglima perang

p/s: jihadil terrorism merupakan satu nama buku yang ditulis oleh barat bagi menyamakan jihad dan terrorism(jika x silap sy la, lau silap sorry)

Thursday, April 9, 2009

bOrINk!!!

salam kepada semua pembaca...

"ayat terlalu skema, panjang dan membosankan...", maybe ini apa pendapat para pembaca yang pernah membaca blog ini. hehehe... ok... sy akan mengambil perkara itu sebagai komen membina. sebelum ini, ada rakan2 saya yang juga pernah mewujudkan blog2 ilmiah seperti ini. dan saya juga memberikn komen yang sama. BOSAN!!! baru kini saya sedar bahawa, untuk menarik perhatian pembaca2, bkn sahaja dengan menulis, tetapi kena guna kreativiti sendiri bagi menarik minat dan memaksa pembaca untuk membaca... saya akn cuba menambah baikkan lagi laman ini. and please forgive me for this is my baby project. to all reader, hope u can gain something from this blog...

sekian;

panglima perang

Tuesday, April 7, 2009

wHAt iS iNsuRgeNcY??!

Insurgency can be called or defined as a rebellion caused by the people of a certain state itself. In the beginning, insurgency is as quite as ghost because there is no one who really knows that an insurgency is coming. These organizations usually work quietly from below and suddenly burst out of nowhere. These organizations only takes people that they really belief in to be their main frame in their organization. Based on trust and causes, they can formed an organization to create jeopardize in a state. There is not a single way or specific military doctrine in going to war against an insurgency. This is because military were trained mostly for a conventional warfare and less for insurgency warfare.

Insurgency warfare is different from conventional warfare in their style of war. They usually hide themselves and only attacks when the right time comes. Their hideouts are often in the jungle or in villages that are far from people. This could help them to avoid from being caught by the authorities. It is irrelevant to go to war against them using a conventional warfare doctrine, but the best way to wars against them are by using the “minds and hearts” method. The ‘minds and hearts’ that we are talking about is the mind and hearts of all civilians and even the bandits. We must know what the causes are and we should take over the factor of their conflict.

The civilian plays an important role in providing logistics supports such as foods, medical drugs and intelligence information to insurgents. Insurgents will come to villages in certain timing to get all the logistics support. Their work will become easier if they have the civilians supports them in their fight. For weaponry, the insurgents usually would attack police stations to gain weapons and ammo for their weapon. There are two examples of insurgencies in south-east Asia, which were in Malaya and Vietnam. Counterinsurgents that were involved in Malaya were from the British government army and the one involved in countering insurgency in Vietnam was from the United State government military. Insurgency in Malaya was able to be neutralized but in Vietnam, the United State failed to prevent them. As the result, Vietnam until now is a communist state.

sincerely;

panglima perang

sEbUAh pUSaT pEnGAjiAN tENtErA

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), mesti masih ramai yang tidak tahu akan kewujudan institusi ini. saya salah merupakan salah seorang pelajar di universiti unik ini. mengapa universiti ini dilabelkan sebagai unik. ini adalah kerana di sesebuah universiti biasa, hanya pembelajaran secara ilmiah dan teori digunakan. tetapi di UPNM kami diterapkan ilmu seperti universiti yang lain di tambah pula dengan perasa lain iaitu kekentalan, ketabahan, keberanian, kepegawaian dan kerjasama. melalui latihan ketenteraan yang dibekalkan, kami mampu untuk memiliki kesemua ciri2 yang dinyatakan. jelas universiti ini bukan sahaja melahirkan para graduan tetapi menghasilkan bakal2 pegawai yang akan berkhidmat di dalam tiga service; darat laut dan udara. di sini terdapat khursus-khursus di dalam bidang kejuruteraan dan pegurusan. di sini juga terdapat bidang pengajian strategi pertahanan dan human resource.

modus operandi bagi UPNM adalah bagi menghasilkan pegawai yang berkaliber berselari dengan mottonya iaitu duty, honor, intergrity. diharapkan rakan2 dari universiti yang lain sudi membantu dalam pembelajaran ilmiah kami kerana dengan menukar-nukar pendapat, maka ilmu itu mampu untuk diperkembangkan. segala jenis pertanyaan mengenai peperangan dan conflict dunia boleh dibincangkan disini. diharap blog ini mendapat sambutan...

sekian;

panglima perang

wAJarKah hIRosHImA dAn nAgASaKi di bOM??

Bom atom yang dilepaskan oleh United States(US) di Hiroshima dan Nagasaki merupakan serangan nuclear pertama yang disaksikan oleh mata dunia. Serangan itu telah berlaku pada penghujung perang dunia kedua (WWII) demi menentang kerajaan empayar Jepun. Bom tersebut dilepaskan di atas arahan presiden US pada masa itu iaitu Presiden Harry S. Truman pada 6 dan 9 Ogos 1945. Selepas 6 bulan serangan udara dilancarkan oleh US terhadap Jepun yang mensasari 67 buah bandar di Jepun, US telah membuat keputusan untuk melancarkan serangan atom yang diberi nama “little boy” dan “fat man”.

Bom-bom tersebut telah menyababkan kemusnahan besar-besaran dan bilangan yang terkorban juga boleh dianggap dasyat kerana di Hiroshima sahaja, dijangkakan lebih 140,000 orang mangsa dan di Nagasaki pula mencecah 80,000 orang. Bilangan itu hanyalah bilangan yang dinyatakan sehingga hujung tahun 1945. Bagi bilangan tahun-tahun seterusnya, biangan itu makin bertambah akibat kesan bom atom itu dimana kebanyakan rakyat Jepun mati akibat dari kesan radiasi dan kanser. Selepas 6 hari kejadian letupan bom atom tersebut, akhirnya pihak empayar Jepun telah menyerah kalah dan ini mengakibatkan berakhirnya tragedy hitam dalam dunia iaitu tamatnya perang dunia kedua.

Namun adakah tindakan yang diambil oleh US betul? Adakah tindakan untuk menggunakan bom atom mempunyai alasan yang kukuh? Debat mengenai perkara ini banyak dipersoalkan oleh pihak-pihak yang prihatin antaranya adalah pihak media dan para-para cendiakawan. Memang tidak dinafikan tindakan melepaskan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah berjaya mengakhiri perang dunia kedua, tapi adakah tindakan itu adil terhadap Jepun? Dan adakah tindakan itu mempunya kesan sampingan lain yang boleh dipertikaikan sehingga hari ini?

Adakah secara moral, tindakan untuk melepaskan bom atom dianggap betul dan tidak salah. Bagi saya ya. Jepun merupakan satu kuasa yang hebat tidak kira sekarang mahupun pada masa perang dunia kedua. Jepun telah menjajahi hamper keseluruhan asia tenggara dan tidak terkecuali negara kita sendiri iaitu Malaysia. Tindakan menjajahi dan menggunakan ideology ‘timur untuk timur’ telah memperdayakan rakyat kita sendiri dengan membenarkan tentera Jepun untuk bertindak ganas. Jika tindakan untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki tidak diambil, perang dunia kedua mungkin akan jadi lebih panjang lagi.

Menurut Victor Davis Hanson dengan karangannya yang bertajuk “Considering Hiroshima”, beliau telah menyatakan bahawa “the truth, as we are reminded so often in this present conflict, is that usually in war there are no good alternatives, and leaders must select between a very bad and even worse choice. Hiroshima was the mostawful option imaginable, but other scenarios would have probably turned out worse”.

Apa yang dimaksudkan oleh Victor adalah jika keputusan untuk melepaskan bom di Hirosyima dan Nagasaki tidak diambil, kemungkinan keputusan lain yang lebih membawa kemusnahan boleh berlaku. Setiap peperangan terdapat risikonya tersendiri. Di dalam kes Hirosyima dan Nagasaki, keputusan yang diambil seharusnya telah diambil kira dari setiap sudut oleh pihak US. Maka, keputusan untuk melepaskan bom di Jepun mungkin sekali merupakan keputusan yang terbaik yang mampu diambil oleh US bagi menamatkan kemaraan Jepun dari terus melakukan kemusnahan.

Selain itu juga, ada juga pendapat yang menyatakan bahawa pengeboman secara besar-besaran di Hirosyima dan Nagasaki merupakan tindak balas kepada penggunaan taktik ‘total war’ oleh pihak Jepun. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘total war’ ini? ‘Total war’ adalah taktik peperangan dimana segala sumber manusia walaupun bukan dari pihak tentera iaitu orang awam sendiri terlibat secara langsung dalam memenangi sesuatu peperangan. Sebagai contohnya di Jepun semasa peperangan dunia kedua, dimana empayar Jepun telah mengerahkan tenaga dari rakyatnya yang berstatus awam untuk melakukan kerja-kerja di kilang-kilang yang berkait dengan ketenteraan. Malah ada juga sebahagian rakyat awam telah dikerahkan untuk bekerja di markas tentera. Maka, jika orang awam telah dikerahkan bagi melakukan tugas-tugas yang membantu tenteranya, maka adalah sah bagi pihak musuh untuk turut menyenaraikan orang awam tersebut sebagai ancaman kepada mereka.

Menurut Father John A. Siemes, seorang profesor di dalam bidang falsafah moden di Tokyo’s Catholic University, “We have discussed among ourselves the ethics of the use of the bomb. Some consider it in the same category as poison gas and were against its use on civil population. Others were of the view that in total war, as carried on Japan, there was no difference between civilians and soldiers, and that the bomb itself was an effective force tending to end the bloodshed, warning Japan to surrender and thus to avoid total destruction. It seems logical to me that he who supports total war in principle cannot complaint of war against civilians”.

Apa yang dimaksudkan oleh Siemes adalah didalam peperangan ‘total war’, pihak yang menggunakan taktik ini terpaksa akur dengan kesan yang diterima iaitu kehilangan ramai rakyat. Ini adalah kerana rakyat biasa turut telah menyumbang sejenis ancaman kepada tentera lawan. Dikatakan pada masa itu, Jepun telah menurunkan had umur yang terlalu rendah bagi melayakkan orang awam untuk menyertai tentera iaitu bagi lelaki adalah diantara umur 16 sehingga 60 tahun, manakala bagi perempuan adalah dari 17 sehingga 40 tahun. Bagi yang berumur bukan seperti yang dikehendaki, mereka akan dikerah untuk bekerja di kilang-kilang pembuatan senjata dan bekalan bagi angkatan tentera Jepun yang terletak di Hiroshima pada ketika itu. Maka adalah adil jika mereka ini juga turut menerima serangan kerana mereka telah menjadi ‘military necessity’ ataupun keperluan pihak tentera dan boleh dianggap sebagai ‘center of gravity’ bagi pihak Jepun.

Antara faktor lain saya menyatakan bahawa tindakan melepaskan bom di Hirosyima dan Nagasaki mempunyai alasan yang kukuh adalah kerana itu merupakan cara untuk menyebabkan Jepun untuk menyerah kalah di dalam peperangan dunia kedua. Jepun tidak akan mengalah jika negaranya tidak menerima serangan bom atom tersebut. Menurut Robert James Maddox iaitu seorang profesor di dalam bidang sejarah, beliau menyatakan bahawa tentera Jepun tidak mahu menerima terma pendamaian yang di anggap berat sebelah terhadap US walaupun selepas bom yang pertama dilepaskan. Kita sendiri tahu bahawa rakyat Jepun mempunyai semangat nasionalisma yang begitu tinggi. Mereka berpegang teguh kepada semangat ‘kamekaze’ dan sanggup mati dari kalah di medan peperangan. Sikap mereka ini amat menggerunkan dunia pada ketika itu. Dan oleh kerana tiada sifat mengalah dari Jepun, US terpaksa melepaskan bom-bom atom itu bagi memaksa Jepun ke jalan buntu.

Banyak lagi faktor-faktor yang perlu diambil kira dalam perkara ini. Jika ada yang sudi, silalah berdebat bagi memahimi dengan lebih lanjut mengenai perang bersejarah ini.

sekian:

panglima perang

pEnGenALaN

saLam seMua pEmbacA....

kenali saya sebagai panglima perang(PP) dan blog saya warblackbook yang akan saya isi dengan hasil kerja dan kajian sy yang mainly adalah mengenai peperangan sama ada yang terbaru atau pon yang lama. termasuklah perang dunia pertama dan kedua.

di blog ini diharap tiada kontroversi atau apa2 yang bercanggah dengan undang2 memandangkan saya juga baru dalam dunia blog ni... diharapkan juga blog ini dapat memberi manfaat dan ilmu yang lebih kepada yang belu tahu, dan kepada yang sudah tahu, maka pendapat anda amat dialu-alukan...

sekian dari saya:

panglima perang