Wednesday, April 22, 2009

LaHiRnYa wIRa aTaU sYaiTan???



saya yakin ramai antara kita yang mengetahui bahawa perang dunia kedua di sebelah eropah dimulakan oleh Adolf Hitler... tapi kenal kah kita siapa sebenarnya Hitler ini?? ape motif beliau dan apa strategy yang digunakan?? adolf atau addy nama manja dikalangan rakan2 beliau(kalau bleh dikatakan rakan kerana adolf x ramai kawan) pada mulanya hanyalah sekadar org biasa yang sukakan seni. addy yang berasal dari kampung mula berhijrah ke bandar dengan harapan pintu rezeki addy ada di sana. tetapi malangnya apabila hasil seni addy tidak mahu diterima. pada pandangan addy, ini adalah kerana pemilik galeri seni tersebut adalah seorang YAHUDI yang hanya mahukan hasil seni dari golongan yahudi juga. akibat dari itu addy merempat dijalanan...

perang dunia pertama telah menyeru semua rakyat german untuk berkhidmat di dalam tentera termasuklah addy. addy telah menunjukkan semangat rakyat german yang sejati dan diiktiraf dengan pingat IRON CROSS semasa perang tersebut. pada saat german sudah hampir menawan paris, peperangan telah diisytiharkan tamat dan german mengakui kekalahan. dan memanggil kembali kesemua tenteranya. addy yang tidak berpuashati merasakan bahawa german boleh menang pada ketika itu, mula menyampaikan propaganda bahawa kekalahan german merupakan angkara yahudi.

selepas peperangan addy mula bergiat dengan menyampaikan pendapat beliau di tempat2 makan sehingga ada yang tertarik dengan ideologinya. antara ideologi addy adalah german untuk rakyat german berdarah aryan dan perlunya rakyat german menentang Treaty of Versailles yang menindas german. bermula dengan ceramah jalanan, addy mula ditaja oleh golongan yang kaya yang percayakan addy. maka addy menubuhkan partinya sendiri dan mendapat sokongan ramai.

pada peringkat awal, addy mendekati dasar keganasan dan militia. tetapi akhirnya addy ditangkap dan dibicarakan. semasa perbicaraan, addy telah berjaya menawan hati dewan, malah hakim juga turut tertarik dengan ideologi addy yang mahukan german untuk bebas dari Treaty of Versailles. namun begitu addy telah dipenjarakan selama 9bulan tetapi diberi layanan istimewa di dalam penjara sehingga mampu untuk menulis sebuah buku yang menyeru german untuk bersatu padu. selepas dipenjarakan, addy kembali aktif di dalam politik dan kali ini addy menggunakan pendekatan democracy. hasil dari mulut addy yang manis, dan karekter yang berani bersuara, akhirnya addy telah berjaya memenangi kerusi majoriti di dalam REIGNSTAG (mcm parliment la...). addy juga telah berjaya menyakinkan president german untuk memberi beliau pangkat canselor di dalam reignstag. addy kemudiannya telah mengeluarkan satu undang2 baru yang meletakkan beliau sebagai org plg berkuasa di dalam german dan addy mendapat sokongan semua. mula dari saat itu, german mula bangkit dan yahudi di german dibunuh beramai2. pihak german aryan yang menentang addy telah diletakkan di kem2 yang diasingkan dan mereka dibunuh atau dibiarkan mati sakit.



addy mempunyai beberapa sifat buruk iaitu addy telah jatuh cinta dengan isteri org dan anak saudara sendiri. addy juga pada beberapa ketika dilihat seperti seorang yang mempunyai masalah mental mungkin akibat dari penderaan terhadapnya semasa kecil. addy amat membenci yahudi dan homoseksual. akhirnya addy membunuh diri ketika german hampir kalah dalam peperangan dunia kedua.

adakah addy boleh dianggap sebagai pejuang hak german atau pun syaitan yang membunuh yahudi? sila tinggalkan pendapat anda di ruangan komen... kerana ini dapat membantu perbincangan di dalam topik ini...

sekian:

panglima perang


p/s: maafkan saya jika ada kesilapan fakta di ruangan ini, dan diminta kepada yang tahu untuk membetulkan saya...

2 comments:

  1. addy seorang vegetarian dan pecinta haiwan. He is enviromentalist. Susah nak cakap dia ni jahat. Dia berjuang untuk rakyat German yang kalah dan di tekan di dalam Perjanjian Versailes. Dengan motonya, Drang Nach Osten! mengikut pensyarah saya maksudnya membawa empayar ke Timur.

    ReplyDelete
  2. tau x pe... tp tiap2 org 2 ada buruk n baiknya kn?

    ReplyDelete