Wednesday, April 15, 2009

tAnAh mILik TuHAn…

Isu ini berkenaan konflik di Palestin-Israel… taukah anda apakah sejarah penubuhan negara Israel? Israel pada dasarnya tidak wujud di atas peta bumi… tetapi ini semua telah berubah sejak perang dunia kedua. Orang yahudi yang menjadi perlarian akibat dari perang dan holocaust tidak mempunyai tempat tinggal dan tanah sendiri untuk menetap. Pada masa itu, Palestin di bawah jajahan British. British telah membenarkan bangsa yahudi yang pada masa itu adalah pendatang untuk menetap di tanah palestin. Pada masa itu hanya 8% kawasan palestin diambil bagi menetapkan org yahudi yg tidak mempunyai tempat tinggal. Tetapi akibat dari perjanjian OSLO, 55% tanah Palestin telah diberikan kepada yahudi yang menyokong gerakan zionis. Ini mengakibatkan Palestine terbahagi kepada 2 kawasan iaitu palestin dan gaza. Yahudi kemudiannya menubuhkan negara Israel yang diluluskan oleh PBB. Dan kini Israel telah menduduki 77% tanah palestin. Malah tanah Palestine telah dipagar dengan tembok pemisah yang mempunyai ketinggian sepanjang 25m dan melitupi jarak sepanjang 600++km. tujuan Israel adalah bagi merampas kawasa Jurusalam yang menempatkan Masjid al-Aqsa bagi menggantikan masjid itu dengan temple yang diidamkan oleh Israel sebagai pusat ibadah mereka. Secara peribadinya saya katakana bahawa ini merupakan satu teknik penghapusan kaum. Setiap tahun Israel semakin meluaskan tanah meraka dengan memakan tanah Palestine secara berperingkat. Tidak mustahil satu hari nnt Palestine akan hilang dan digantikan dengan Israel yang lbh besar….

sekian;

panglima perang

No comments:

Post a Comment