Melihat pada konflik bersenjata di antara Israel dan Hamas pada 27 Disember 2008 sehingga 17 Januari 2009, terdapat beberapa perkara yang telah menentang undang-undang konflik bersenjata (Laws of Armed Conflict) yang termaktub didalam Geneva Convention. Di sini saya akan menerangkan jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan oleh kedua-dua pihak iaitu 3 jenis kesalahan bagi setiap pihak yang telah mencabul undang-undang antarabangsa dan mengakibatkan kemusnahan yang bergitu tragis sekali.
Israel, satu kuasa baru yang kini semakin berkembang telah dikatakan merampas tanah milik orang Palestin. Maka berlaku persengketaan antara Hamas (Palestin) dan Israel. Semasa konflik yang berlaku pada awal tahun 2009, terdapat beberapa pencabulan undang-undang konflik bersenjata. Antara yang akan dihuraikan disini adalah seperti kegagalan Israel untuk member perlindungan kepada orang awam iaitu dari segi memberi bantuan perubatan dan bekalan, penggunaan persenjataan yang amat berbahaya, dan serangan keatas pihak neutral yang membekalkan perubatan dan makanan kepada orang awam.
Bagi kesalahan yang pertama, iaitu kegagalan Israel untuk member perlindungan kepada orang awam. Ini telah berlaku semasa konflik tersebut. Israel hanya membenarkan bekalan perubatan dan bantuan kemanusiaan dibekalkan dalam masa 3 jam sehari. Ini adalah salah kerana di dalam Geneva Convention, Conventin IV, artikel 3 (1) telah menyatakan bahawa:
Persons taking no active part in the hostilities, including members of armed forces who have laid down their arms and those placed hors de combat by sickness, wounds, detention, or any other cause, shall in all circumstances be treated humanely, without any adverse distinction founded on race, colour, religion or faith, sex, birth or wealth, or any other similar criteria.
Ini membawa makna bahawa orang awam seharusnya diberi perlindungan sebilang masa tidak mengira apa sahaja bangsa, agama dan tidak sewajarnya dihadkan bekalan bantuan kepada 3 jam sehari. Jumlah 3 jam sehari tidak akan mencukupi untuk memberi bantuan perubatan dan mengeluarkan mangsa yang cedera semasa peperangan dari medan.
Bagi kesalahan yang kedua adalah penggunaan senjata yang berbahaya adalah dilarang. Ini pula telah dinyatakan didalam International Humanitarian Law; Convention on Prohibitions or Restrictions on the Use of Certain Conventional Weapons Which May be Deemed to be Excessively Injurious or to Have Indiscriminate Effects. Geneva, 10 October 1980. Senjata yang telah digunakan oleh Israel pada masa itu adalah fosforus putih (white phosphorus) yang mampu menyebabkan bukan sahaja pihak bersenjata mati, malah orang awam juga akan menerima kesan yang sama kerana senjata ini tidak mampu untuk disasarkan pada sesuatu sasaran yang tetap. Senjata jenis ini akan meresap ke udara dan disebarkan oleh angin dan akan menyebabkan sesiapa sahaja yang menghidunya akan mati.
Bagi kesalahan ketiga pula adalah serangan yang disasarkan kepada pihak sukarelawan yang member bekalan perubatan kepada mangsa-mangsa perang. Kesalahan ini ada dinyatakan di dalam Geneva Convention, Convention II, artikel 9 yang menyatakan:
The provisions of the present Convention constitute no obstacle to the humanitarian activities which the International Committee of the Red Cross or any other impartial humanitarian organization may, subject to the consent of the Parties to the conflict concerned, undertake for the protection of wounded, sick and shipwrecked persons, medical personnel and chaplains, and for their relief.
Ini membawa maksud bahawa tiada larangan sepatutnya diberikan kepada mereka yang ingin member bantuan kemanusiaan, apatah lagi untuk diserang oleh pihak yang sedang berperang.
Hamas juga tidak lari dari melakukan kesalahan semasa konflik tersebut. Bagi kesalahan yang telah dilakukan oleh Hamas pula adalah seperti menyerang secara terus kepada orang awam dan harta benda mereka, menggunakan manusia sebagai perisai dan penggunaan simbol-simbol yang diberi perlindungan oleh United Nation (UN).
Bagi kesalahan yang pertama, pihak Hamas telah menyerang secara terus rakyat Israel dengan cara melancarkan roket yang akhirnya mengakibatkan kematian beberapa rakyat Israel dan kerosakkan beberapa buah banggunan awam. Kesalahan ini jelas mencabuli Geneva Convention, Additional Protocol I, artikel 48 yang menyatakan:
In order to ensure respect for and protection of the civilian population and civilian objects, the Parties to the conflict shall at all times distinguish between the civilian population and combatants and between civilian objects and military objectives and accordingly shall direct their operations only against military objectives.
Jelas dinyatakan di dalam artikel tersebut bahawa Hamas seharusnya membezakan antara orang awam dan tentera atau kombatan dan juga banggunan milik tentera dengan banggunan awam.
Bagi kesalahan kedua pula, Hamas telah menggunakan manusia sebagai perisai. Ini secara tidak langsung berkait rapat dengan artikel diatas iaitu agar dapat membezakan antara awam atau tidak. Jika Hamas menggunakan manusia sebagai perisai, maka Hamas telah menjadikan orang awam yang tidak berdosa itu sebagai keperluan ketenteraan, maka Israel tidak mempunyai pilihan lain selain menyerang penduduk awam Palestin.
Bagi kesalahan ketiga pula, Hamas telah menggunakan lambang-lambang yang dilindungi seperti Red Cross dan St. John. Ini telah mencabuli Geneva Convention, Convention I, artikel 44 yang menyatakan:
With the exception of the cases mentioned in the following paragraphs of the present Article, the emblem of the red cross on a white ground and the words " Red Cross" or " Geneva Cross " may not be employed, either in time of peace or in time of war, except to indicate or to protect the medical units and establishments, the personnel and material protected by the present Convention and other Conventions dealing with similar matters. The same shall apply to the emblems mentioned in Article 38, second paragraph, in respect of the countries which use them. The National Red Cross Societies and other societies designated in Article 26 shall have the right to use the distinctive emblem conferring the protection of the Convention only within the framework of the present paragraph.
Artikel ini menyatakan bahawa lambang-lambang yang dilindungi ini tidak boleh diguna pakai melainkan bagi melindungi unit-unit perubatan. Di dalam kes ini, Hamas telah menggunakan lambang ini sebagai sebahagian dari alat peperangan mereka. Jelas kedua-dua pihak iaitu Israel dan Hamas telah banyak mencabuli undang-undang konflik bersenjata yang telah di maktubkan di dalam Geneva Convention.
sekian:
panglima perang
p/s: ni asignment PP

habislah ko kena plagiate dengan budak2 yang belum siap lagi..sapa suruh hang copy paste benda ni..hahahhah
ReplyDeleteceh... nasib la, ni hasil aku sndri.. sume salah ko la lau ada org yg plagiat.. siap la ko bob
ReplyDeleteawat aku plak? aku xda kaitan pun ..haha..
ReplyDelete