Tuesday, March 23, 2010

mELayu oH mElayu...

salam pada semua...

lama dah saya x menulis di blog nih... lama jugak rasanya.. tp sebabkn malam nih aku br lepas kena lecture, so aku terasa seperti nk mengulas pendapat seseorang tentang dasar pandang ketimur dan org MELAYU. apa kaitannya dasar pandang ketimur yang diketengahkan oleh ex-pm kita Tun Dr Mahathir? dasar pandang ketimur ini adalah dasar yang di gubal oleh ex-pm kita bagi menggalakkan rakyat malaysia untuk mencontohi negara dari timur iaitu Jepun secara khususnya.

apa yang nk kita contohi? segala-galanya terutamanya dalam segi nilai estetika org jepun. untuk pengetahuan semua, org jepun nih adalah satu bangsa yang amat rajin, dan berdisiplin. lihat saja mcm mana die berjaya menawan hampir separuh asia semasa perang dunia kedua. kehebatan jepun tidak dapat disangkal lagi. namun apabila hiroshima dan nagasaki di bom atomkan, mereka jatuh. setelah 50 tahun peristiwa hiroshima dan nagasaki, mereka kini gagah lagi dari segi ekonomi dan teknologi. apa rahsia kejayaan mereka? inilah yang ingin dirungkaikan oleh tun mahathir. rahsia keyaan mereka adalah dari sifat mereka yang rajin, hormat-menghormati dan berdisiplin.

contohnya, jepun nih terlalu mengikut peraturan yang ditetapkan. bagi seorang pekerja kilang dijepun, setiap pagi, mereka akan berbaris dan menyanyikan lagu negara mereka diiringi kibaran bendera bagi menunjukkan semangat patriotik mereka. malah bagi seorang pekerja, adalah penting untuk menghormati boss mereka. disiplin yang tinggi ini yg buat org jepun maju. apa pula kaitannya dengan melayu??

melayu adalah satu bangsa yang secara jujurnya adalah berbudi bahasa, bersopan santun dan mementingkan adat dan budaya. namun sifat buruk org melayu ini pula adalah terlalu malas, tidak berdisiplin dan suka mentertawakan org lain. sifat buruk ini jika tidak diubah, maka malaysia akan tetap menjadi seperti sekarang dengan kadar kemajuan yang slow. lihat saja di dalam sektor kerajaan. rasuah sana sini. ingin kan kesenangan dgn cara mudah. terlalu bergantung kepada org lain. aku yakin, jika minyak kita tidak disubsidikan, maka org malaysia akan mengamuk, kerana terlalu mengharapkan bantuan kerajaan.

begitu juga dengan hak org melayu. secara jujurnya, hak org melayu inilah yang membuatkan org melayu itu menjadi pemalas. pada dasarnya, hak org melayu adalah bagus, ianya penting bagi membuktikan hak ketuanan org melayu itu di tanah melayu. namun, penggunaan konsep ini telah di salah tafsirkan oleh org melayu sendiri. sebagai contoh, hak kuota pengambila ipta adalah lebih kepada org melayu. disebabkan ini, org melayu malas belajar. mereka sekadar belajar untuk melepaskan batuk ditangga. dengan sikap "ala, aku dapat 5a pon, dapat msk U jugak", ianya mencerminkan kemalasan org melayu. berbanding dengan rakyat cina yang berhempas pulas belajar, dapat result yang bagus, namun terpaksa msk ke ipts yang perlu dibayar yurannya secara sendiri pada kadar yang mahal.

kenapa org melayu tidak mengambil kesempatan ini untuk mengatasi kekayaan org cina?? sedangkan peluang dan jalan telah dibuka? ini adalah kerana sifat pemalas org melayu itu sendiri. lihat sahaja berapa ramai student ipta yang terdiri dari golongan wanita. di mana perginya student lelaki? menjadi mat rempit? mat ganja? or jadi sampah masyarakat yang bergantung kepada org lain untuk hidup?? ini dibuktikan dengan keluaran model kereta gen 2 dimana pereka bentuk kereta gen 2 itu adalah wanita melayu. sedangkan kereta ini adalah lebih kepada kepakaran lelaki. mana perginya mat-mat kereta yang pakar sangat 2??

bukan niat untuk menjatuhkan org melayu, namun rasa terpanggil untuk menyedarkan org melayu diamana tahap kita sekarang. org melayu tidak mampu untuk berdikari. jika kita lihat dari kecil, org melayu ini adalah anak mak. tidur dibawah ketiak mak. sedangkan anak2 org putih tidur dibilik berasingan sejak dari kecil bagi mendidik supaya berdikari. kita tidur di dalam buaian, maka kita sehingga kita hanyut di dalam buaian angan2 kita sahaja. kita mempertikaikan tentang kereta nasional kita, namun apa usaha org2 yang mempersoalkan tentang kereta tersebut? kalau rasa kereta nasional x bagus, then blaja pandai2, gi buat kereta. kita mengambil masa 15 tahun baru kita boleh mencipta gen 2 yang sepenuhnya rekaan kita kerana sifat melayu itu yang malas. jadi pikir2kan lah.... kita perlu berubah wahai bangsaku... berubah kearah yang lebih baik....

No comments:

Post a Comment